Monday, October 22, 2012

MUSLIMAH SEJATI..


AURAT!!


PENGERTIAN AURAT

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.


ASAS AURAT



Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.



Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut.



Aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. 

Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :

1. Aurat Ketika Sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian

Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. 

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :

1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama- lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.


PAKAIAN DALAM ISLAM

Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat

ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.



iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.



v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.



vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.








Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.




EMH..nak cakap...yang sy niepon  bukannyer sempurna dan kadang kala memakai pakaian yang tidak mmenutup aurat dengan sempurna jugark...emh...sedih gark rasenyer bile kite tahu semua tu tapi kite x wat dan memandang remeh tentang semua tu...Memg la semua manusia ini tidak sempurna dan semuanya perlulah dibaiki dengan hati yang terbuka dan penuh istikhamah serta perlulah dengan iman yang kukuh dan padu..

Semoga Allah membuka hati kepada semua yang ingin berubah ke arah yang lebih baik...Aminnn....Kesian kat ayah kita kan kalau kite x tutup aurat....Ayah kite yang kne tanggung dosa kita....Kesian...So,kalo x nak bg kesian,kite knelah tutup aurat...InsyaALLAH...Ya ALLAH..bukakanlah hati2 yang ingin berubah ini...AMin...


Walaupon kite wajib menutup aurat dengan sempurna,sebenarnyer kite semua nie boleh jer nak berfesyen atau bergaya asalkan mengikut syarat yang telah ditetapkan...Kat cnie saya sertakan contoh pemakaian tudung bawal yang boleh dijadikan sebagai ikutan...hehe...



DAN saya nak tunjuk contoh fesyen muslimah yang elok kite ikot seperti memakai kardigen,skirt labuh,dress labuh,blaus dan ape2 baju pon yg boleh menutup aurat dengan sempurna...

First nak tunjuk fesyen kardigen:

















kardigen labuh dan pendek..hehe..yang penting tutup aurat..
kardigen nie selalu sesuai kalo kite pakai lengan pendek kat belah dalam dan berfungsi juga untuk menutup punggung..hehe




Second nak tunjuk fesyen skirt labuh or dress:




wah....cantik kan nmpk dieorg pakai mcm nie...nmpk ayu je kan??untuk pengetahuan korang semua,lelaki suke taw tgk pempuan pakai skirt labuh or dress mcm nie..nmpk ayu dan sopan jer...hehe...jom pakai jomm...













Third pakai blaus:




pakaian mcm nie selalunyer longgar dan sgt cantik design nyer..tp malangnyer susah nak carik dan kalo jumpe pon mesti mahal...huhu...nak baju mcm nie...nak..nak...nak....jual la murah skit..hehe..tp kalo kite btol2 nak menutup aurat kite x kisah la harga baju tu..haha..ye ke?memandai jer...haha...




No comments:

Post a Comment