Monday, October 22, 2012

BERTUNANG DAN NIKAH KHITBAH..

 ~....ASSALAMUALAIKUM SEMUA... ~ <3             
...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

SEMUA SUMBER INI DATANGNYA DARI SUMBER YANG BOLEH DIPERCAHAYAI...sekiranya ada sebarang kesilapan saya mintak maaf yerk...saya hanya ingin memberitahu kepada sesiapa yang ingin tahu...





ok firstly nak cter pasal BERTUNANG !!!

BERTUNANG ATAU MEMINANG INI MEMBAWA MAKSUD YANG SAMA iaitu :

     
Maksud bertunang adalah seseorang lelaki itu menyatakan keinginannya untuk berkahwin kepada wanita yang ingin dikahwininya itu dan wanita itu menerima keinginan tersebut...


Seperti yang kita semua tahu ...Ustaz Azhar Idrus akan  mencuba  dengan sedaya upaya untuk menjawab semua pertanyaan yang berada di dalam minda kita semua ini...Kebanyakannya boleh dipercayai kerana ianya berdasarkan hadis dan pandangan para ulamak...

Ustaz Azhar Idrus membaca DUA soalan yang dikemukakan yang lebih kurang berbunyi;



SOALAN 1:

"Jika salah seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang wanita untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah dikira bertunang walaupun ibubapa wanita itu belum lagi tahu dan kenal akan pihak lelaki. Adakah dikira betunang? Mohon penjelasan."



PENJELASAN SOALAN 1:


Ustaz Azhar Idrus menjelaskan  akan makna PINANG dalam Islam atau hukum Feqah. 

Pinang atau bertunang ini bermaksud apabila pihak lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan setuju kepada hasrat lelaki tersebut, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki tersebut.
Uztaz Azhar turut memberikan beberapa contoh peminangan samada melalui panggilan telefon mahupun SMS sebagaimana teknologi yang sedia ada dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Menurut pendapat ini, apabila seseorang wanita itu memberikan jawapan sebagai tanda dia suka dan setuju kepada hasrat tersebut, wanita itu telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut dan sesiapa yang tahu akan perkara tersebut dan masuk meminang pada masa berikutnya, hukumnya adalah haram.



SOALAN 2:

Persoalan seterusnya mengenai kehadiran atau pengetahuan ibubapa apabila pihak wanita itu menjawab secara bersendiri akan hasrat pihak lelaki, adakah dikira sebagai bertunang juga? 


PENJELASAN SOALAN 2:


Dalam menjelaskan hal ini, Ustaz Azhar menerangkan bahawa jika perempuan itu yang persetujuannya sah pada syarak maka dengan ini pertunangan ini adalah sah. Bagaimana yang disebut ulamak sebagai perempuan yang persetujuannya sah pada syarak? Mereka adalah perempuan-perempuan yang waras, perempuan yang telah baligh, perempuan yang cerdik dan perempuan yang boleh membawa diri.




Ustaz Azhar turut menyatakan bahawa walaupun telah menjadi tunangan orang, dia bukanlah hak mutlak kita. Tidak ada perkara yang wajib untuk seseorang itu mengikuti kehendak tunangannya. Andai perempuan itu tidak suka dan kemudian berkahwin dengan orang lain, maka ia adalah sah.



berikut merupakan video ceramah Ustaz Azhar Idrus:








JADI...bertunang ini ADALAH hanya (HUBUNGAN BAYANGAN) dan MASIH TIDAK SAH HUBUNGAN SUAMI  ISTERI DAN DILARANG MELAKUKAN ZINA ATAUPON MAKSIAT KERANA BELUM BERGELAR SUAMI ISTERI DAN HANYALAH ADAT SEMATA-MATA..



Kita bolehlah menyarungkan sebentuk cincin kepada orang yang kita inginkan sebagai tanda si dia merupakan milik kita tetapi bukanlah milik mutlak.Ianya hanyalah sebagai tanda supaya tidak dirampas orang lain.Tetapi sekiranya ada berlaku sebarang pertelingkahan atau pergaduhan di antara pasangan maka bolehlah dibatalkan pertunangan tersebut dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan...



Peminangan atau bertunang ini kebiasaanya akan di adakan di rumah belah perempuan dan kebiasaanya hendaklah menyediakan beberapa hantaran seperti buah-buahan,al-quran,telekung,sepersalinan pakaian,sirih dan sebagainya...itu semua hanyalah ADAT dan sebenarnya BERTUNANG ATAU MEMINANG INI TIDAK PERLULAH HANTARAN seperti tersebut dan YANG PALING PENTING ADALAH NIAT DAN ISI HATI  PASANGAN YANG INGINKAN HUBUNGAN YANG KUKUH.....








OK..secondly nak cter pasal NIKAH KHITBAH!!!



  • NIKAH KHITBAH ini dikenali juga sebagai nikah gantung. KHITBAH (bahasa arab) manakala Bertunang (bahasa melayu).
  •  Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .
  • Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32


  • Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

    • > Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
    • > Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
    • > Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
    • > Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai untuk menjimatkan kos.
    • > Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
    • > Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
    • > Merendahkan hantaran perkahwinan



     Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :(SISWA)

    1. SUAMI

    2. ISTERI
    3. SAKSI
    4. WALI
    5. AKAD (IJAB DAN KABUL)


    cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

    > Masih menuntutu di kolej atau universiti
    > Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
    > Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumah tangga


    Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

    Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu merekabertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .



    Perbahasan Hukum

    1.    Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

    2.    Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :
    a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

    b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

    3.  Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

    4.  Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.NAUZUBILLAH~




    video Ustaz Azhar Idrus mengenai NIKAH KHITBAH/NIKAH GANTUNG:






    anak minta NIKAH KHITBAH:





2 comments:

  1. Assalamualaikum.. syukran ukhti.. alhamdulillah byk yg sya tauu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. syukran ukhti.. alhamdulillah byk yg sya tauu..

    ReplyDelete